Skip to main content

Tentang aku,budak blogger

 Ohayo korang! Angkat ketiak skit kepada yang baca entry ni. Mesti korang pelik tengok blog aku kan,punya simple gila dah la takde intro tentang penulis lagikan. Aku terfikir nak buat camni sebab aku takde idea nak hias blog camne,maklumlah blog ni tak seindah dlu.Kalau masa zaman aku sekolah menengah,memang sini sana kawan aku ada blog.Kini tinggal lah cerita di blog diaorang dengan kenangan masa lalu diaorang. Aku pasti kalau suatu hari nanti diaorang terlog in ke blog diaorang,mesti ada kenangan yang menusuk jiwa sampai keluar air mata.

 Korang boleh panggil aku Mino since kawan aku kat semenanjung panggil aku ni.Kalau korang ada terdengar member korang ada kawan,bernama Mino..hah aku lah tu. Kantoi pulak. Kenapa Mino?Masa aku time masuk poli dulu,nama whatsapp aku Mino since aku ada hati ngan mamat rapper korea ni,lawak gila. Memandangkan nama aku panjang gila bagai ke berjalan beribu batu,aku angguk jer bila diaorang panggil aku Mino. Sampaikan lecturer aku pun panggil aku Mino. Memang tahan gelak ah kat kelas. Okay,aku ni tak lah tua sangat,umur aku tengah -tengah jer,belum sampai 20 pun. Tak juga muda,espiyem abis tahun 2017. Hah ,gi kira cepat. Berbalik dekat tajuk entry aku kali ini,aku memang budak blogger dari tahun .... 2010 eh kalau tak silap. Masa aku start blog,umur aku 12 tahun. Biasalah zaman tu blog , friendster dan apa lagi satu tu, lupa lak. Masa tu memang IT baru nak upgrade sikit dekat Malaysia. Teringat zaman berebut internet dengan adik beradik sampai bergaduh. Yelah,dulu mana afford nak beli Wifi dan juga data. Mahal siot harga tu masa tu. Sekarang ni,nilai duit cam tak cam dulu. Budak-budak sekarang belanja bagai nak kahwin esok lusa.

 Aku dulu buat blog sebab aku nak luahkan perasaan and setiap detik kenangan aku suka kat kawan aku. Kisah lama dulu,sekarang ni manada lagi,dah move on. Tapi sayang nak buat semua entry lama sebab tu macam penghubung aku dengan little Mino yang entah-entah bab cinta cinton. Menyesal sebab bazier masa 5 tahun kat mamat tu ,tapi akhirnya tengok dia dengan orang lain. Patah hati nak mampus ah,sampai aku plan nak belajar dekat semenanjung. Sekarang ni,umur dah meningkat,dah tukar mood tentang benda nak dipost. Memang random la sebab ikut mood juga kan. Tak salah nak berblog asalkan pandai jaga ayat nak post dekat blog. Sebab bukan seorang dua orang je tengok. Kalau boleh seluruh dunia ada terbaca blog kita ni.

  Apa lagi ah,aku tak pernah bercinta sebab aku fikir dalam relationship ni tough. Aku tak suka dikongkong,sebab aku kaki friendly,kalau boleh semua orang aku kawan. Aku memang cepat dapat kawan baru tak kira junior ke senior aku. Tapi masalah aku,aku cepat lupa nama diaorang or lupa tanya nama diaorang. Kira habit aku yang macam susah nak kikis la. Aku banyak geng dengan lelaki tapi aku tak tau lah kalau ada diantara diaorang buat pick up line,mak,memang power tapi takda la aku cam terus suka ngan diaorang. Usik-usik camtu adalah. Aku paling tak boleh pandang lelaki yang baru jer kawan terus bagi ayat pick up line bagai sampai confess. Aku memang tak boleh. Aku memang tak caya sangat ayat lelaki,maaf tu aku punya opinion. Sebab aku banyak kawan lagi,memang perangai taik beruk diaorang aku tau.Ya,banyak cakap semua laki tak sama,tapi majority yer majority. Kalau kau terasa,hal kau k.

  Aku kaki anime,masa terluang aku akan tengok anime yang ada la kat laptop aku. Aku tak peminat hentai benda camtu sangat. Biasalah perempuan,eh bukan,aku. Aku tak sangat tengok benda camtu, sebab aku fikir aku akan belajar tu sendiri. Takyah nak tengok skill orang punya. Aku kaki gamer,bab cuti memanjang cam ni,aku main dota ah. Tak bangga sangat kalau orang cakap perempuan main dota ni best buat gerek. Sebab aku main,aku dapat kawan baru and belajar main dengan member lelaki. Serius talk aku cakap,kalau kau perempuan,nak belajar dota,iman kau kena tinggi. Mesti tahan lasak ah minda kau kena bash bebudak lelaki ataupun teammate kau ni. Kalau kau sekadar main sbeba nak gains popularity,maaf maksudnya kau ni memang tahap kaki feeder hanat. Aku kalau boleh nak quit dota tapi ada yang member faham aku. Aku nak kata pro tak la,nak kata feeder tak la. Aku ikut game,kalau carry aku pro,aku jadi supp dan sebaliknya. Aku tak tau pun apa itu main dota hingga aku cuba main last year. Okay last year dengan takde ilmu didada aku cuba main.Dimarahi member tu perkara biasa tapi aku tak suka kena hina bagai. Patutnya dia faham,dia dah main dota dari dota 1 nak marah aku,memang hanat la. Lagi2 kalau kau campur main dengan yang pro(tak kira level tinggi sngt or kurang sebab selalunya yang level rendah ni sebab diaorang pakai akaun baru),memang lawan kau pro juga,nak kasi seimbang. Tapi,aku bersyukur dapat main ni,memang best!

 Aku rasa cukupla benda aku nak post. Tengok sal dota memang panjang lebar karangan. Lain kali aku share pengalaman aku main dota dalam masa 1 tahun lebih ni :D stay tune !

Comments

Popular posts from this blog

Sungjae .

Hey everyone ! this is Yook Sungjae . Don't know him ? He is member for Btob group . I really like Sungjae for some reasons . It not that I too obsessed with Korean people . He really looks like this . My crush . :) I get it when you all don't believe me . I'm just telling the truth . His hair really looks very same . Just his face different from Sungjae . HAHA . Sometimes , when I missed him a lot . I will looking at phone , searching for Sungjae pictures . It really helps me a lot . Even , I can't loving you anymore . I really grateful that I ever be your truly friend . The only girl that you trusted . Thanks for really making me happy even I know I never be the one that in your heart . :') 

First love dengan kawan sendiri

kalau ada yang rajin stalk blog aku memang kenal Shen siapa,ya dialah bestfriend aku aka long time crush aku. Aku memang tak tau ah kenapa dengan jantung ini masih tunggu jantan tak guna itu.Opss terkasar lak.Dia masih dengan gerek dia tu tapi ayat flirt dia tetap tak berubah.Kadang-kadang aku terfikir,kenapa dia tak jujur dengan aku yang dia ada gerek.Dia ingat aku tak tahu ke,tak yah lah kau nak buat aku melting tau tak.Hati ini dah lama bagi kat kau,kau je pandang yang lain. Aku yang tetap dengan kau saat kau putus ati,macam-macam aku buat kau tapi aku kalah bila ada pompuan lain datang dengan ' rupa' yang ala-ala innocent,yang rambut contra dari aku yang frizzy ni,dengan body yang memang diidami girls yang lain. Apapun,aku memang terima kasih lah kat dia.Sebab dia lah aku tau erti ',benda yang kau minat tak semestinya kau dapat'. Dengan itu,aku ucapkan dia bahagia dengan siapapun. Sapa kata aku tak buat effort,aku cuba minat benda yang dia minat,dia cuba minat be…